Wednesday, September 14, 2011

Fasabrun Jamil~~

Assalamualakum warahmatullah…

.salam mujahadah,salam istiqamah dan salam sealam semesta buat hamba-hamba Allah sekalian.. moga rahmatNya dan barakahNya sentiasa bertapak dalam hati kita dalam setiap keadaan adanya kita..

Mengenang hari-hari yang dilalui dalam hidup, banyak sebenarnya ibrah yang boleh diambil sebagai pedoman hidup kita kerana bagaimana kita hidup,itu juga satu ilmu yang Allah sampaikan secara tidak formal. Cuma terpulanglah pada kita untuk mengambil ibrah itu ataupun sengaja membiarkannya bagai angin lalu begitu sahaja. Muhasabah diri.

Tarbiah..bagaimana ia datang dan bagaimana kita menjadikannya sebagai satu tarbiah, ianya terpulang kepada diri kita. Ya, ana bukanlah orang yang layak untuk bercakap mengenai tarbiah ini. Tapi cubalah kita tarbiahkan diri sendiri secara tidak rasmi atau secara tidak formal. Bukankah tarbiah daripada Allah itu macam-macam. Ada yang ditarbiah melalui ujian dan dugaan yang terlalu berat sehingga perasaan futur itu datang menagih secara spontannya. Ada juga yang ditarbiah dengan kekayaan dan kesenangan yang melimpah-limpah sehingga tidak tahu di mana lagi hendak dilemparkan harta yang menggunung itu.

Ketika inilah Allah scan kita, adakah kita ini hamba yang sabar, atau hamba yang sentiasa bersyukur ataupun hamba yang kufur nikmat dan futur dengan ujian.

Sememangnya situasi ini memang lah merumitkan. Anti cakap senangla. Sabar,sabar dan sabar. Anti tak rasa apa yang ana rasa. Ana da cuba sabar. Tapi sabar tu ada batasnya. Nah. Memang sabar ada batasnya. Kalau tak, Allah takkan memerintahkan orang-orang kafir diperangi. Orang-orang zalim dihapuskan. Memang sabar itu terbatas. Tapi kita jangan memperkecilkan batasan sabar itu. Sabar itu ada batas. Tapi batasnya amatlah luas. Jauh nun di sana. Sabarlah selagi kita mampu untuk bersabar. Walau apapun terjadi, Allah dah janji ganjaran yang begitu hebat bagi orang-orang yang bersabar.

Sebagaimana kisah Nabi Yusuf a.s yang dipenjarakan atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Tapi adakah beliau mengata-ngata akan hal yang menimpanya?  Adakah beliau menyalahkan orang lain atas kesusahan walaupun dugaan itu datang bukan daripada perbuatannya? Tidak sahabat-sahabat. Tapi lihat apa yang beliau lakukan. Beliau bersabar. Bersabar. Ya. Bersabar. Menahan kemarahan. Mengawal emosi. Tidak melatah. Malah Nabi Yusuf juga berdoa: ‘Ya Allah, andainya penjara ini membela aku dari dunia, maka penjara ini lebih aku sukai’….

Nah, lihatlah wahai syabab sekalian. Hikmah dan maksud disebalik sabar itu amat besar ertinya. Jika kita kita pernah berada pada situasi luar batasan sabar, apa salahnya sekali kita cuba merasai nikmatnya berada di dalam daerah sabar.

Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda mafhumnya: sesungguhnya amarah itu daripada syaitan. Maka barangsiapa yang merasai marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Sekiranya dia marah dala keadaan duduk, maka baringlah. Sekiranya dengan berbaring itu masih wujud perasaan marah maka mandilah. Sesungguhnya amarah itu dari syaitan. Syaitan itu daripada api. Dan api dapat dihapuskan dengan air…’
Hebatkan Baginda. Memberi petua yang paling berkesan untuk meninggalkan perkara yang tidak disukai. 

Maka, cubalah kita bersabar walau sejenak, walau sedetik Cuma. Kerana keindahan sabar itu dari hati dan gambarannya tidak terbanding. Sesungguhnya sabar itu cukup indah dan cantik. Maka, berhias dan berdandanlah kamu dengan sabar.


فصبر جميل....سورة يوسف: 18

                                     ~Maka bukankah dengan bersabar itu lebih baik bagimu~

No comments:

Post a Comment