Sunday, November 24, 2013

Mereka itu dan itu

sentiasa berusaha itu lebih baik

Assalamualaikumwarahmatullah....

Salam sedingin pelukan rahmatNya, moga kalian, sahabat-sahabat makin istiqamah hendaknya. Laju saja jari ini menari, merindui secebis kalam buat sahabat. Namun diri ini tahu had keupayaan. Masa begitu laju meninggalkan kita hari demi hari. Usia menginjak langkahnya. Sedar atau tidak, beberapa bulan sahaja lagi akan bergelar graduan. Ya, setahun itu agak lama.Tapi setahun itu macam-macam bakal berlaku. Makin takut diri ini untuk melangkah ke alam pekerjaan. Kehidupan kampus agak mencabar. Bersendirian

bertemankan sahabat-sahabat yang pelbagai ragam. Tapi diri ini tahu, itulah kehidupan dan diri ini juga bersyukur dengan kehidupan itu. Meski kadangkala ianya terlalu pahit untuk dilalui melainkan diri ini sedar dengan wujudnya teman yang setia, Tuhanku..

Kadang-kala, diri ini rasa lemah. Tiada daya untuk melangkah. Tapi tuhan itu tak pernah biarkan diri ini sendirian. Sentiasa sahaja Dia hadirkan hiburan berbentuk ujian tanda kasih-sayangnya. Berat dan berhikmah. Ingin saja diri ini luahkan segalanya kepada teman. Tapi diri ini sedar, tidak akan ada yang memahami melainkan Yang Maha Memahami. Selalu diri ini ingin difahami, namun sangatlah susah untuk memahami.

Mereka itu?

Ya. Siapa mereka itu. Kata seorang ustaz, ‘ ke mana saja kamu pergi, mereka itu mad’u mu’. Ya, mereka itu mad’u ku, lalu aku kejar untuk menda’wah. Tanpa aku sedar, mereka itu tak pernah lari, bahkan sentiasa di sisiku.Hidup dengan mad’u.

Mereka sentiasa meneliti kehidupanku. Sibuk. Sibuk dengan apa? Tak tahu. Berpersatuan. Ceramah. Talk. Program. Itulah kehidupan aku.Mereka? Kadang aku kisah. Kadang aku lari. Tak berdaya kerana diri ini juga lemah. Hidup dengan mereka lebih mencabar dari berjalan dengan mereka kemudian kembali pada kehidupan dan keluarga masing-masing. Bahkan, mereka yang memberi teladan yang baik untuk aku.



(^.^)



Kerana ku adaMu Tuhan...

Suatu saat, aku bersendirian. Memikirkan. Biarkan mereka itu. Kerana ku ada Tuhan Yang Satu.Yang setia dan sentiasa menjaga mereka dan aku. Biarkan mereka menilai aku. Baik atau buruk itu bukan targetku. Ya, mereka itu, padanya aku sempurna. Aku beruntung. Padaku, mereka sempurna, mereka beruntung. Hakikatnya semua sama. Semua beruntung tapi tidak sempurna melainkan saling menyempurnakan. Sungguh aku tak mampu hidup tanpa mereka di sisi.

Luahan jiwa untuk mereka....

Ingin saja diri ini pergi kepada mereka satu persatu. Bahawa diri ini sangat mencintai mereka. Mereka yang berada dan berjalan atas jalan itu dan ini. Semua. Cinta kerna Illahi. Ber’kalam' memang mudah. Beramal itu yang susah. Kadang diri ini pun belum tentu kukuh,namun rebah kembali. Bukan luahan, bukan aduan. Inilah kenyataan. Sebagai HAMBA..

_bukan siapa-siapa, hanya HAMBA_

Saturday, July 13, 2013

Manifestasi Cinta Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullah..buat kesekian kalinya setelah beberapa bulan menyepi. Mungkin kerana kesuntukan masa menghabiskan sisa-sisa semester 6 dan amanah-amanah yang masih banyak tidak tertunai. Moga Ramadhan yang datang kali ni adalah Ramadhan yang terbaik yang pernah kita rasai. Moga Taqwa menjadi target utama..=)


Hadiah untuk sahabat2..=)

Ramadan- Maher Zain

You lift me up high
You spread my wings
And fly me to the sky
I feel so alive
It's like my soul thrives in your light
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Ramadan Ramadan,
Ramadanu ya habib
(Ramadan, Ramadan,
Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)

Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my Iman
But how I wish you'd be
Here with me all year around


I just love the way you make me feel
Every time you come around you breathe life into my soul
And I promise that
I'll try throughout the year
To keep your spirit alive
In my heart it never dies
Oh Ramadan!

Sunday, March 10, 2013

Nota Tarbiyah – Alhamdulillah, Aku Bersyukur Kepada-Mu


Alhamdulillah, kalimah syukur hanya layak dipanjatkan kepada Allah SWT. Kalimah yang menggetarkan jiwa-jiwa mereka yang beriman.
Dengan mengucapkan “ Alhamdulillah” -, atas segala kurniaan, penganugerahan dan pemberian nikmat yang pelbagai. Ia adalah lambang kehambaan, keimanan, ketundukan dan kekerdilan sebagai seorang hamba Allah SWT.
Bangunnya kita daripada tidur pagi ini – harus dimulai dengan kebeningan hati yang bersyukur dan bersyukur.

Di pagi sangat sungguh indah dan penuh berkah.
Embun yang menitis setiap pagi begitu dingin.
Kedinginan, kesejukan dan kesegaran inilah menguatkan lagi rasa kesyukuran kepada Yang Maha Esa.

Udaranya terjaga, bersih, nyaman dan menyegarkan. Menghirup udara yang masih terpelihara daripada nafas-nafas sang pendosa. Hiruplah udara di awal pagi sebelum fajar. Ia adalah waktu-waktu bersendirian bagi mukmin muslim yang sedang khusyuk bermunajat dan menadah tangan mengharapkan keampunan dan belas ehsan Sang Pencipta.
Alhamdulillah.
Allah SWT mendidik kita untuk bersyukur, satu kata yang lebih luas maknanya daripada berterima kasih. Syukur, ia lahir daripada natijah, hasilan keimanan yang tersemat kukuh disanubari.

Sebuah Sketsa Kehidupan
Di dalam sebuah buku karya, Amru Khalid iaitu Ibadah Sebening Hati terdapat suatu kisah yang menyentuh rasa hati saya.
Suatu hari, Amru Khalid telah bertemu dengan sekumpulan golongan remaja. Beliau terfikir suatu bentuk persoalan untuk sembang-sembang santai bersama mereka.
“ Saya ingin mengajukan satu permainan berbentuk soalan kepada kalian,” Soalnya.
“ Apakah nikmat yang paling besar dan kalian paling hargai di dalam kehidupan ini,” Beliau bertanyakan soalan kepada mereka.
Ada yang menjawab dengan penuh yakin. Ada yang kelihatan teragak-agak . Pelbagai jawapan dan ucapan.
Ada yang menjawab : “ Nikmat kehidupan”
Ada juga menyebut : “ Nikmat Iman dan Islam”
Tidak kurang juga, ada yang menyatakan : “Nikmat belajar dan ilmu”
“ Dan pelbagai lagi.”
Kemudian, seorang pemuda memberi jawapan yang menyentuh hati Amru Khalid :
“ Nikmat Allah SWT yang sangat berharga dan besar bagi saya ialah nikmat Allah SWT sebagai Rabb saya.” Jawabnya tenang.
Saya terpaku, dan tersentuh.
Begitu halus, sensitif, peka dan hidup hati pemuda tersebut.
Ya, alangkah beruntung dan berbahagianya kita apabila dipilih untuk menjadi Muslim. Rabb, Ilah dan tuhan kita adalah Allah SWT. Kita mempunyai tempat sembahan, pengaduan dan penyerahan segala perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap-Nya.
Ketika dilimpahi kenikmatan dan kesenangan, kita mengucapkan lafaz kesyukuran kerana menyedari hakikat pemberian-Nya yang begitu banyak.
Ketika susah, kita mempunyai tempat untuk mengadu, merintih, meluahkan perasaan, menagih simpati, meletakan harapan kasih dan berdoa memohon bantuan pertolongan.
Iman mulai bertapak dihati. Ia disemai dan dibajai dengan subur dan kian mekar dijiwa hamba Rabbani.

“ tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan.”
( Al- Hujurat : 7)

Penutup : Tanyalah hati kecil kita
Jujurlah kita dengan sanubari kecil kita, adakah kita benar-benar bersyukur dan merasai sesuatu dengan semua nikmat ini?
Saidina Umar sentiasa memberikan suatu ungkapan yang menakjudkan serta mengetarkan jiwa perhambaan : “ Sesungguhnya kami dahulu adalah kaum yang hina. Lalu Allah memuliakan kami dengan Islam. Sekiranya kami mencari kemuliaan selain daripada apa yang dimuliakan Allah, pasti Allah akan menghina kami.”
Ruh Islam meresapi jiwa dan perasaan kita – sehingga kita merasa izzah (bangga) dengan keislaman, kemukminan dan kemusliman kita. Kita tidak malu atau kekok untuk mengistiharkan – “ Saksikanlah bahawa Aku seorang Muslim.”
Setiap hari kita akan membawa imej, lambang dan syiar perwatakan seorang muslim dan muslimah. Muslimnya, dengan berhias dengan akhlak muslim dengan wajahnya penuh cahaya keimanan dan kesan daripada wudhuk dan soalan. Tidak lokek dengan senyuman dan sapaan. Muslimahnya , begitu tenang dan bahagia mengenakan pakaian yang meliputi seluruh aurat dengan senang, dan tiada beban. – Malah, dia bangga menjalankan perintah dan arahan Allah SWT.
Justeru, seharusnya setiap helaan nafsa kita yang terhembus akan selari dengan ungkapan ini :
“ Ilahi, hamba-Mu hadiri memohon keampunan, kerahmatan dan pemeliharaan-Mu. Kasihilah diriku, suluhilah jiwa ku dengan cahaya hidayah-Mu, kurnialah kepada pengakhiran yang baik dan masukilah aku ke dalam golongan ahli Jannah-Mu yang indah lagi mempesonakan.”

Itulah yang diperbuat hasil keimanan
Membuka mata dan hati
Menumbuhkan kepekaan.
Menyinari kejelitaan, keserasian dan kesempurnaan
Iman adalah persepsi baru terhadap alam,
Apresiasi baru terhadap keindahan.
Dan kehidupan di muka bumi.
Di atas pentas ciptaan Allah,
Sepanjang malam dan siang

Cetusan rasa sanubari – Sayyid Qutb –
Alhamdulillah, syukur sehingga hari ini kita semua berusaha untuk terus menerus menjadi seorang muslim dan muslimah yang taat sepenuhnya kepad Allah SWT.
Semoga Allah SWT berikan kita kekuatan. Kita perlu mencari alasan dan kekuatan untuk terus menjadi kuat.

Kuat keimanan.
Kuat ketaqwaan.
Kuat dalam beramal dengan amal keislaman.

Ayuh kita kuat dengan sentiasa bersyukur!
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Copy n Paste..=)  http://langitilahi.com/12045 BroHamzah@langitilahi