Tuesday, January 11, 2011

Aturan Allah, mengikat ukhuwahku dengannya

Assalamualaikum…

Ana muncul kali ini bukanlah untuk sengaja untuk menyibuk atau apa-apa yang menyerabutkan minda sahabat-sahabat tetapi hanya untuk berkongsi sedikit ilmu di dada. Bukan bermakna untuk menyatakan bahawa ilmu ana terbaik tetapi untuk berkongsi dan di sinilah medan untuk membetulkan apa yang tidak baik itu. Bermakna dengan menconteng sedikit kata-kata di sini dengan harapan sahabat-sahabat dapat mengkritik apa yang boleh meningkatkan ilmu diri yang serba kekurangan ini..

Hari ini ana ingin berceloteh lagi…

Sekadar ingin berkongsi cerita yang diharapkan dapat membawa suatu perubahan dalam diri yang sentiasa rebah ini…

Kisah ini bukanlah sesuatu yang baru dan mungkin juga bukanlah sesuatu yang menarik bagi semua orang tetapi meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi diri ana memandangkan ia berlaku pada diri sendiri.

Bermula dengan hari-hari persekolahan yang biasa bagi ana..bangun awal pagi dan bersiap untuk ke sekolah. Selepas solat subuh, terus pergi ke stesen bas memandangkan jarak sekolah dari rumah bukanlah jarak yang dekat. Kira-kira 45 minit. Begitu juga suasana ketika pulang,juga merupakan hari yang biasa bagi ana. Cuma sedikit berbeza hari ini, ana pulang berseorangan tanpa kawan-kawan yang juga berulang-alik seperti ana.

Selepas kira-kira 15 minit menanti, bas yang ditunggu akhirnya tiba dengan jumlah kepadatannya membuat setiap orang mengeluh untuk menaikinya. Tetapi mahu tidak mahu hanya itulah satu-satunya cara untuk sampai ke rumah dengan cepat sebelum malam menjelang. Ana menaiki bas itu dalam keadaan seperti biasa dan juga berharap masih ada ruang untuk duduk memandangkan hari-hari persekolahan kadang-kadang meletihkan dengan perjalanan yang agak jauh dari rumah.

Melangkah kaki ketika menaiki bas itu membuatkan ana merasai peluang untuk kekosongan kerusi itu amatla tipis. Jadi ana membuat keputusan untuk berdiri sahaja memandangkan bahagian belakang kebanyakannya di duduki oleh kaum lelaki. Tetapi mungkin dikatakan rezeki pada hari itu, ada seorang yang boleh dianggap kakak berdasarkan perwatakan dan usianya yang msih muda, memanggil untuk duduk di sebelahnya. Pada mulanya agak rasa kekok mendangkan ramai kaum lelaki berada di bahagian belakang tetapi memikirkan kakak itu keseorangan, lantas ana membuat keputusan untuk duduk di sebelahnya.

Belum sempat ana melabuhkan diri atas kerusi, kakak itu dengan sopan dan lemah lembutnya memberi salam kepada ana. Ana terkedu sebentar. Mungkin merasai diri ini dihormati sebegitu rupa oleh kakak itu. Sepatutnya ana yang memberi salam kepadanya. Salam bersahut, tangan pula dihulurkan untuk bersalaman. Ikhlas. Seperti dia mengenali ana semenjak kecil. Seperti sudah akrab dengannya. Sepanjang perjalan pulang, kami tidak henti-henti berbual. Kebiasaannya apabila tiba bab bercakap, ana yang lebih-lebih, tapi kakak itu lagi petah. Sedikitpun ana tidak menyesal atau bosan mendengarnya bercakap. Penuh hikmah dan padat dengan ilmu. Ana cuba mencelah. Ana bertanyakan kakak itu dari mana dan bertanya juga asal-usulnya dan tentang tujuannya. Dengan sopan dan penuh hormat beliau menyatakan bahawa beliau berasal dari sabah dan menetap di negeri ini untuk sambung belajar. Perjalanan sama dengan ana kerana rumah ibu angkatnya berdekatan dengan tempat tinggal ana. Ana masih tidak berpuas hati ingin tahu pasal kehidupannya kerana peribadinya begitu memikat hati ana. Dengan imejnya yang bertudung labuh, bercakap penuh sopan dan berhikmah, semestinya seorang yang telah terdidik sejak kecil lagi, mempunyai asal-usul keluarga yang islamik dan berpendidikan. Ana memulakn soalan yang biasa dengan menanyakan perihal sekolahnya. Namun sangkaan ana meleset sama sekali. Ana agak terkejut tapi kagum. Beliau menyatakan bahawa beliau bukanlah dari sekolah arab bahkan beliau menyatakan bahawa beliau adalah muallaf. Baru masuk Islam selama 5 tahun dan berpisah daripada ibubapanya dan berhijrah ke semenanjung semata-mata kerana ingin mencari kebenaran.

Ana terkesima. Lantas terus bertanyakan pelbagai persoalan. Tapi kakak itu sedikit pun tidak marah atau malu dengan keadaan keluarganya yang masih belum bagi memeluk Islam. Ana tak kisah semua itu. Tapi ana begitu kagum. Kagum dengan seorang hamba Allah ini yang begitu cekal hidup berseorangan untuk mencari kebenaran.

Beliau terus menceritankan kisah yang sebenarnya. Mungkin kerana melihatkan ana begitu ghairah untuk mengtahui tentangnya. Namun ana terfikir juga jika persoalan ana ada mengguris hatinya. Ana terus meminta maaf jika soalan-soalan ana sedikit-sebanyak menyentuh hatinya, namun beliau sebenarnya ingin berkongsi dengan ana. Beliau menyatakan yang ana cukup bertuah kerana dilahirkan dalam keadaan Islam, keluarga Islam. Ana bukanlah tidak bangga tetapi bukan juga bangga memndangkan diri ini serba kekurangan, tidak mengamalkan Islam selengkapnya.

Beliau memulakan kisahnya dengan menyatakan bahawa beliau sudah berminat dengan Islam sejak berumur 15 tahun lagi. Bukan kerana kajian-kajian yang hebat tetapi kuasa Allah menyentuh hatinya dengan pengalaman hidup. Berpisah dengan kekasih hati yang tercinta, dan hampir membunuh diri kerana hal itu. Beliau juga menyatakan bahwa semua ini bermula dengan sepupunya yang sudah memluk Islam. Beliau berkata bahawa sepupunya telah mengajaknya untuk sama memeluk Islam tetapi jiwanya ketika itu amat berkecamuk dan membenci  Islam hingga sanggup jika terpaksa untuk membunuh sepupunya itu. Dalam masa yang sama sepupunya terus bercakap perihal Islam kepadanya. Dengan penuh kebencian beliau mengangkat sebilah parang dengan niat untuk melenyapkan sepupunya itu. Sepupunya dalam keadaan terkejut tetapi tenang dan hanya bertawakal kepada Allah. Yang berada di hati sepupunya itu hanya kalimah suci kepada yang maha Kuasa diserahkan segala urusan. Sepupunya itu terus melaungkan kalimah syahadah, kakak itu dengan penuh dendam untuk memukul sepupunya itu tidak semena-mena terlepas parang di tangannya dek terkejut dengan kalimah agong itu. Lantas beliau yang  dalam keadaan separuh sedar, mulutnya melafazkan kalimah syahadah. Sukar untuk ana percaya, tetapi kuasa Allah itu mengatasi segala. Apa-apa pun boleh terjadi atas keizinanNya.

Kakak itu memeluk Islam pada umur 15 tahun. Usia yang teramat muda. Tetapi memandangkan beliau masih lagi berada di bawah jagaan ibu bapanya, beliau merahsiakan hal itu kecuali sepupunya sahaja yang  tahu. Usia menjangkau 18 tahun memberi kebebasan pada beliau untuk meneruskan kembara mencari kebenaran sehinggalah pada waktu itu, ibu bapanya masih lagi belum memeluk Islam. Ana tidak bercakap sepatah pun ketika beliau bercakap. Mungkin kerana memikirkan beliau yang begitu cekal berusaha untuk menjaga agama sedangkan diri ini sentiasa mendapat peluang itu. Cuma terpulang pada iman samada untuk membiarkan ia berlalu begitu sahaja ataupun mengutip seberapa banyak mutiara ilmu yang ada.

Perjalanan untuk sampai ke destinasi yang biasanya dirasai amat panjang menjadi seolah-olah 5 minit bagi ana. Kalu boleh, ana ingin lagi menyambung sesi taaruf kami yang begitu bermakna bagi ana. Tapi takdir Allah bukanlah sesuatu yang boleh diubah serta-merta melalui hamba yang begitu dhoif ini. Pertemuan singkat dan bermakna ini berakhir dengan perpisahan yang kalau boleh, bukanlah sesuatu yang di cita kan. Bagi meneruskan ukhwah yang baru terbina, ana meimnta nombor telefon atau apa-apa yang boleh menghubungkan ukhwah kami tanpa terputus. Baru ana merasai betapa dahaganya ilmu dan ruginya jika dibiarkan begitu sahaja. Ketika itu barulah kami bertanyakan nama masing-masing. Sedikit melucukan. Najwa .itulah nama kakak tersebut.

 Cerita ana dan kak Najwa bukan berakhir di situ sahaja. Sekali lagi ana merasakan bahawa dirinya teramat jauh lebih bertuah daripada ana. Ana terlihat seorang lelaki yang juga berada di dalam bas yang sama memberi isyarat kepada kak Najwa. Ana terus menyatakan tekaan ana bahawa itu mungkin sepupunya ataupun anak kepada ibu angkatnya. Namun dengan rasa kelakar, kak Najwa tersenyum manis dengan menyatakan bahwa itu adalah adik kandungnya. Mungkin kerana gembira. Kak Najwa memberitahu bahawa beliau amat bersyukur kerana Allah juga menyayangi adiknya dan akhirnya menjejaki langkah beliau untuk memeluk Islam.
Pertemuan kami berakhir di situ dengan rasa yang amat terharu dan jauhnya diri ini dari Pencipta kerana bagi ana jika dibandingkan dengan diri dan keadaan sekarang, seorang yang baru memeluk Islam jauh lebih mulia. Tanpa secalit noda, ibarat seorang bayi yang baru dilahirkan. Cukup beruntung. Namun itu bukan sesuatu yang patut disesali. Namun bersyukur kerana sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjadi seorang hamba yang baik.

Namun ana agak terkilan kerana dari saat kami terpisah, ana cuba untuk hubungi melalui nombor yang ditinggalkan. Namun hingga ke hari ini, itu lah saat pertama dan terakhir kami bertemu. Mungkin ana sudah lupa bagaimana wajah jernih kak Najwa tetapi ana tidak akan lupa segala kata-katanya dan masih berharap untuk dipertemukan sekali lagi dengan seorang insan yang amat bermakna dalam hidup ana. Tetapi harapan itu bukanlah satu-satunya jalan yang boleh ana lalui. HikmahNya pelbagai cara. Mungkin Dia mempertemukan seseorang yang juga bermakna dalam hidup ana iaitu sahabiah-sahabiah seperjuangan yang amat ana sayangi di mana seorang yang merasa sakit, kami juga merasai kesakitan itu.insyaAllah..doakan ukhuwah kami merupakan sebuah ukhuwah yang Allah redhai….

MOGA DIRAHMATI ALLAH=)

No comments:

Post a Comment