Saturday, February 12, 2011

Ukhuwah kita

Asssalamualaikum warahmatullah….
Nampaknye dah lame ana tak men’online’kan diri setelah rasa agak sibuk sejak kebelakangan ini.sibuk dengan kemasukan semester baru, pengalaman baru,tempat baru dan sebagainya….
Pada ana semester baru ini agak boleh dikatakan sebagai kehidupan baru bagi ana kerana beroleh pengalaman yang tak dapat ditemui sebelum ini.alhamdulillah, mungkin ini sebabnya mengapa Allah mencampak kita ke tempat-tempat yang pada asalnya mungkin kita keberatan untuk melangkah tetapi redha dengan adanya hikmah disebalik senua itu…
Bermula sem baru maka bermulalah kehidupan yang agak berlainan dengan sebelum ini..mungkin ramai yang tidak berpuas hati dengan pertukaran ahli kelas yang dirasakan dah kamceng tapi ingat….kita semua tidak semestinya sentiasa bersama. Ingat yer..ukhuwah bukan terletak dengan adanya insane yang disayangi di depan mata, tapi dilihat sejauh manakah penghargaan insan itu di dalam hatinya, sejauh manakah insan itu meniti di bibir, terlintas difigura tatkala angin doa dihembuskan???sejauh manakah ukuhwah kita?
Ana teringat peristiwa semasa menghadiri sebuah program yang ketika itu diadakan slot motivasi diri. Kami di sana disuruh untuk menyenaraikan bilangan sahabat,rakan,kawan dan kenalan…hanya dalam bentuk peratus sahaja. Ana lupa berapa peratus yang ana buat tapi yang pasti yang paling tinggi peratusnya adalah kenalan. Mungkin ketika itu yang ana fikir adalah berbanding dengan manusia seluruh dunia ini. Kalau diikutkan memang ramai kenalan kerana hanya kenal pada waktu tertentu sahaja tanpa melanjutkan ikatan persahabatan kerana baru saja kenal.
Tapi yang pasti ana silap. Silap sama sekali. Silap kerana meramaikan kenalan bukan meramaikan sahabat. Sedangkan Rasulullah s.a.w adalah seorang yang amat suka meramaikan sahabat. Malah Baginda s.a.w amat mengenali karakter setiap sahabatnya dengan karakter yang berlainan. Hingga cara ketukan pintu itu sudah memadai untuk mengetahui siapa sahabatnya. Apatah lagi bunyi derapan kaki. Itulah sikap penghulu kita yang merupakan sebaik-baik akhlak dulu,kini dan selamanya.
Mengulas perihal ukhuwah, kadang-kala amat terkesan dihati bagaimana ukhuwah ana dengan sahabat. Adakah mereka berpuas hati? Adakah mereka sentiasa aman dengan segala tindakan ana? Pelbagai persoalan menerjah. Sebenarnya ketika ini, hati amat gelisah dan risau dengan keadaan sahabat-sahabat yang berada di Kaherah, Mesir. Pertama kali mendengar berita, terbayang keadaan mereka. Selamatkah? Makan minumnya bagaimana? Selesakah keadaannya dan macam-macam lagi persoalan yang timbul.
Ya Allah. Selamatkan sahabat-sahabatku di sana dan juga di mana-mana mereka berada..
 Wahana ukhuwah..
Bila disebut ukhuwah tentu terbayang dalam keadaan berpagang tangan beramai-ramai, berpelukan, meminta maaf dan sebagainya. Tapi apabila habis slot itu, adakah ukhuwah yang dimaksudkan sudah tamat. Bagi ana tidak sama sekali. Ukhuwah juga boleh di bina tampa berjumpa. Contoh terdekat pada hari ini adalah melalui laman sesawang dan sebagainya. Tapi ukhuwah itu jangan disalahgunakan. Ada juga pihak yang terlampau ber’ukhuwah’ hingga sanggup bersahabat dengan lelaki tanpa ada sebarang urusan penting apatah lagi berkenalan bebas. Itu adalah salah satu cara ukhuwah disalahgunakan. Sebenarnya ukhuwah ini terlalu indah jika ia di aplikasikan dengan cara yang betul dan dibina atas dasar yang satu…… BERUKHUWAH KERANA ALLAH…..dasar ini sekali gus akan membawa kita kearah lorong yang nikmatnya dirasai bagi yang betul-betul mencari kelazatan ukhuwah islamiyah itu.
Dengan ukhuwahlah bagaimana umat kita dibentuk dan dengan ukhuwah jugalah bagaimana islam ini disebar daripada satu strategi yang amat lembut dan berkesan daripada junjungan besar Rasulullah s.a.w hingga empayar Islam berkembang dapat tersebar ke seluruh pelusuk alam.
Akhir kalam…terlintas difikiran mengenai doa rabithah yang kita alunkan setiap hari. Tapi yang ini dalam versi lagu..rabithah daripada Izzatul Islam…didedikasikan buat sahabat-sahabat seperjuang dan seIslam..juga buat sahabat-sahabat yang masih lagi belum dikenali, doakan moga kita menjadi sahabat…. AYUH!!!! KITA RAMAIKAN SAHABAT…..

Lagu Rabithah by Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Teguhkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi pimpinlah kami
Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakal pada Mu
Suburkan dengan makrifatMu
Matikan dengan syahid dijalanMu
Engkaulah Pelindung dan Pembela

Wallahua’lam….

No comments:

Post a Comment