Sunday, May 29, 2011

Allah Ajarkan Kehebatan Ikhlas KeranaNya- link to iluvislam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ... Terima kasih Ya Allah, saya demam hari ini : ) itulah perasaan yang muncul bila saya demam bermula semalam.

Bermula lebih kurang jam 9 malam tadi, badan saya mula terasa lemah, terpinga seketika kemana hilangnya tenaga yang cukup banyak bila saya menyampaikan ceramah kepada sekumpulan jemaah wanita di Surau Taman Permata pada jam 3 petang pada hari yang sama.

Tiba-tiba tenaga itu semakin merosot dan hampir hilang semuanya bila jam menunjukkan 12 tengah malam dan saya tidur dalam keadaan yang begitu lemah.

Alhamdulillah pagi ini sebaik sahaja saya menunaikan solat subuh, muncul dihati saya rasa syukur kerana saya demam. Sudah agak lama juga saya tidak demam serta berharap di dalam hati agar ianya dapat membersihkan dosa-dosa saya kepada Allah.

Seperti bagaimananya tenaga itu hilang, saya dapati ia kembali sedikit demi sedikit pada pagi ini. Dengan sedikit kekuatan itu saya menulis, insyaAllah. Alhamdulillah, itulah Allah ... yang memberikan kita kekuatan dan pada bila-bila masa saja Dia boleh mengambilnya kembali.

Saya pernah menulis tentang Ikhlas kerana Allah dan saya diajarkan bahawa ikhlas kerana Allah ini adalah antara kunci utama jalan menuju Allah, kunci penting di dalam turunnya hidayah Allah yang akan membimbing kita insyaAllah.

Penulisan kali ini juga tentang ikhlas tetapi mungkin dari perspektif yang agak berlainan.

Pada lebih kurang dua minggu yang lepas, DVD Pelatihan Solat Khusyuk oleh Pak Ustaz Abu Sangkan telah pun siap dan diserahkan kepada kami.

Masalahnya DVD yang diserahkan perlu dibungkus terlebih dahulu dan diletakkan labelnya kerana syarikat yang membuatnya tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Kami perlu menyiapkan secepat mungkin untuk menghantar pesanan yang diterima sebelum ini. DVD itu semuanya dihantar ke rumah saya.

Pada masa itu kerana saya agak sibuk dengan beberapa tugasan yang lain, ingin saja saya menghantarnya kepada pembantu saya di pejabat untuk menguruskannya. Saya melihatkan tugasan itu mudah dan ringan. Kalau di pejabat saya dahulu, tugas-tugas seperti itu diserahkan kepada pembantu tadbir kerana saya tidak sempat untuk menguruskannya.

Namun, saya pelik kenapa dihati saya ketika itu begitu ingin sekali menyiapkan kerja itu, walaupun saya tahu kerja itu ringan dan mudah serta saya sedari saya mempunyai kerja-kerja yang lain yang perlu disiapkan. Walaupun tidak ada alasan yang dapat saya berikan, saya katakan pada diri saya, buatlah kerana Allah walaupun kecil.

Jadi saya menghabiskan lebih kurang dua hari untuk menyiapkan label dan membungkus DVD-DVD itu. Memandangkan masa yang agak panjang yang akan digunakan, maka saya memasang DVD tersebut di hadapan saya dan sambil bekerja saya mengulangkaji pelatihan solat khusyuk itu melalui DVD itu.

Subhanallah, Alhamdulillah dan terima kasih Allah ... tiada yang dapat saya ucapkan, saya diajarkan berzikir kepada Allah dengan betul sehingga menimbulkan getaran di dalam jiwa sehingga tersungkur dan menangis.

Sebelum ini di dalam usrah, kami sering membincangkan firman Allah yang bermaksud;

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah , gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (keranaNya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal." (Al-Anfaal: 2)

Kami sering berbincang kenapa hati tidak bergetar ketika disebut nama Allah, adakah kita belum lagi boleh disebut orang-orang yang beriman. Alhamdulillah saya sudah faham.

Kaedah berzikir dan mengingati Allahnya tidak betul, kesedarannya tidak tepat. Lihat saja kesedaran kita ketika mengingati Allah ketika bangun malam dan bertahajud sehingga dialirkan rasa gementar, syukur dan mudah menangis.

Namum kesedaran itu jarang kita gunakan bila kita mengingati Allah pada waktu-waktu yang lain terutamanya pada waktu siang. Kesedaran yang total, ruhani kita aktif menuju Allah.

Saya sangat bersyukur diajarkan Allah perkara ini dan terus dapat saya fahami betapa kerja-kerja yang dipandang remeh, ringan, mudah dan kecil kalau dibuat kerana Allah begitu hebat ganjarannya di sisi Allah, insyaAllah tersedia ampunan, rahmat dan hidayah dari Allah. Saya bersyukur kerana membungkus DVD itu!

Antara pengajarannya yang ingin saya kongsikan di sini ialah :

(1) Jangan dipandang remeh sesuatu tugasan walaupun nampak kecil dan ringan. Mungkin kerja yang kecil itulah membuka jalan kepada ampunan dan rahmat Allah bila dilakukan dengan ikhlas.

(2) Semua pekerjaan adalah tugasan dari Allah walaupun kecil dan nampak tidak penting di mata manusia. Biarlah kita seorang office boy atau seorang kerani atau seorang pemandu, itu tugasan yang Allah pilih untuk kita dan apabila kita lakukan dengan ikhlas, ganjaran besar menanti kita di sisi Allah di dunia dan di akhirat.

(3) Komen yang saya dapat dari seorang rakan di facebook; apa saja yang dilakukan kerana Allah, yang kecil jadi besar disisi-Nya. Itulah kehebatan ikhlas kerana Allah.

Ayuh, jangan kita tunggu lagi... serahkan apa saja yang kita akan lakukan kerana Allah. Tiada kepentingan diri, keluarga atau apa saja.

Semuanya kerana Allah, insyaAllah kita nanti tinggal bersaksikan hebatnya ganjaran yang menanti untuk orang-orang yang ikhlas kerana-Nya. Semoga kita terpilih untuk tergolong di kalangan orang-orang yang mukhlisin (orang-orang yang ikhlas).. amin..

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/2424-allah-ajarkan-kehebatan-ikhlas-kerana-nya.html

Friday, May 27, 2011

Seandainya 'Dia' yang kita cintai dihadapan

Alhamdulillah..jenuh juga mengerah pemikiran agar blog ini tidak terus terkubur begitu sahaja. Sedih juga tapi apakan daya, benda baik tak akan datang bergolek jika tidak di usahakan. Sebagaimana sebuah perjuangan tidak akan menang jika tidak bermati-matian..

Berkerah untuk pastikan segala yang dipost hanya yang bermanfaat, namun bukan banyak yang dimanfaatkan. Tak mengapa kerana memang kita hanya penyeru bukan penghukum. 'Allah tidak melihat kepada hasilnya tetapi usaha dulu'..itu fokus utama..

Teringat dan terimbau pula pada si 'Dia'.. apakah aku terlalu leka hingga aku sanggup 'ter'lupakan 'Dia' yang dulunya sering dilaung-laungkan bahawa aku benar-benar cintakan'nya'? Astaghfirullah..dimanakah 'Dia' dalam diriku..bukan aku sering katakan yang aku tidak pernah lupakan 'dia' dan siapakah 'dia' yang paling layak mendapat setiap ruangan cinta di hati kecil ini??

اللهم صلي على سيدنا محمد

Antara lafaz cinta paling singkat yang layak hanya untuk dia. tetapi cintakah aku kepadanya? Andai diri masih lagi hanyut dalam arus dunia.. masih layakkah aku untuknya lagi? Masih inginkah dia melihat wajahku yang kian hari makin suran dan kelam tanpa nur di wajah dan di hati? Betul ke aku ni cintakan dia? Mana bukti? ahh..tak apa. Lagipun dia tak ada depan kita. Bila kita ingat, kita selawat lah. Kalau dah lupa, nak buat macam mana. Bukan kuasa kita kalau lupa.

Kita lupa atau buat-buat lupa?atau bertangguh-tangguh dahulu sampai terlupa? ataupun tak pernah ingat langsung?

Ya Rasulullah..inilah umatmu yang sering katakan cintanya padamu. Inilah cinta umatmu zaman moden. Cinta yang terbelah bahagi antara kekasih hati yang entah bila menjadi halalnya, cinta yang terbahagi antara Engkau dengan dunia yang penuh keasyikan ini. Bahagianya cinta yang sementara bahagianya itu.

ANDAILAH>>>

Ditakdirkan Allah untuk mengutuskan engkau wahai Rasulullah s.a.w ke dunia nyata menziarah umatmu yang terlalu 'CINTA' kanmu ini, bagaimanakah?

Tentunya engkau gembira yang Rasulullah s.a.w untuk bertemu dengan orang-orang yang engkau korbankan dirimu semata-mata kerana umatmu tercinta ini. Tentunya engkau ingin melihat umatmu hebat dalam memperjuangkan Islam daripada kafir laknatullah. Tentunya engkau ingin melihat umatmu berjemaah dala melakukan amalan soleh, berjemaah memenuhi rumah Allah yang sering menjadi rumah tempat persinggahanmu saban hari. Tentunya engkau rindu suara-suara merdu mujahid mangalunkan azan dan kalimah suci Al-Quran serta syair-syair yang membangkitkan semangat para mujahid. Tapi Ya Rasulullah..alangkah indahnya jika itu yang engkau tatapi saat hadir di tempat kami..

Yang pasti apa yang didapati, umatmu kini berbondong-bondong berjemaah ke tapak-tapak pesta. Sentiasa berjemaah bersama awek-awek masing-masing dan yang paling suprise, beramai-ramai berzina dan 'berjemaah' membuang anak-anak yang akan menjadi umatmu. Umatmu? layakkah? berkualitikah? yang pasti lagi, rumah Allah semakin lengang, para 'mujahid' pula terlena. yang ada suara-suara yang begitu mengasyikkan daripada 'mujahidah' yang dah maju untuk lenakan para 'mujahid'..

Ya Rasulullah s.a.w..

Jika inilah yang bakal engkau saksikan dari kami, malunya kami Ya Rasulullah hatta membuka mata di depanmu sekalipun apatah lagi ingin menatap wajahmu. Sungguh hinanya kami untuk duduk bersamamu..

Tapi Ya Rasulullah s.a.w..janganlah engkau risau, janganlah engkau bermuram, aku yakin engkau tahu, masih ada mujahid dan mujahidah yang sebenar akan muncul dicelah-celah umatmu itu. Mereka yang akan membuatkan engkau tersenyum kembali. Mereka yang membuatkan engkau cukup gembira dan mereka yang akan engkau bawa sebagai umatmu. Walaupun aku tidak pasti aku berada dalam golongan mana, tapi Allah tahu, walupun kami ini bukanlah layak untuk berkongsi cintamu dengan para mujahid dan para sahabat, Allah dan Rasulnya tetap tahu. Ya Rasulullah, kami ini sering lupakanmu, tetapi kami in dambakan cintamu memekar dalam hati kami. Walau jauh sangat perjalanan itu, walau pedih sangat pengalaman itu, kami inginkannya Ya Rasulullah..

Matlamat kami hanya satu, agar engkau gembira tatkala melihat kami umatmu dan redhanya digapai...

Sunday, May 22, 2011

lemah lembutnya wanita

Ujar lelaki, wanita itu lemah

Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah dan lembut…besar perbezaannya

Namun ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan… kerana lembut wanita

Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam…

Diam seolah-olah menerima…

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam, wanita terus menerus bekerja

Di pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suri

Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat… celik mata sarapan sudah terhidang

Apabila pulang dari pejabat… di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah… bergelut di dapur memasak

Suami yang mengaku gagah… bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak

Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak

Berehat, menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah… terus berlumba dengan masa

Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kaki dan tangan semua digerakkan dengan laju

Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Maghrib untuk sujud… Menyembah Yang Maha Satu

Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji

Sedang suami tersadar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi

Lantang membela nasib wanita…

Memberi kesedaran supaya segera bangkit

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak

Membasuh pakaian, menyediakan makanan

Jika suami tidak terdaya melakukannya

Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan

Tidak mampu menerima perubahan

Rela bertahan bagaimana jua

Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam

Wanita yang sering dianggap lemah

Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

” Kekayaan yang paling kaya ialah AKAL,

Kemiskinan yang paling besar ialah JAHIL,

Keburukan yang paling hodoh SESAT “









Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..


Alhamdulillah

setelah sekian lama tak update blog ni..ada jgak peluang meninjau-ninjau walaupun dari jauh...
walaupun sepi, bukan itu yang dirisaukan kerana inilah satu-satunya medan yang menjadi tempat untuk mencurahkan apa yang terbuku di hati, berputar difikiran dan sebagainya...

perkara pertama yang menjadi kegalauan di hati, sedih...itulah yang dirasakan walaupun ana bukanlah berada di tempat realiti kejadian..takziah diucapkan buat warga rumah anak-anak yatim di Ulu Langat atas dugaan Allah. semoga Allah merahmati mereka yang kembali kerahmatullah akibat kejadian tanah runtuh yang sama sekali tak pernah dijangka oleh sesiapa pun..itulah yang dikatakan rahsia Allah..tak siapa tahu bilakah masanya akan berlaku..mungkin seterusnya masa kita pula...wallahua'alam...

ana sebenarnya sedang berfikir, mungkin Allah menyampaikan sesuatu kepada ana tanpa kita sedari..sebagai contoh seringkali seronok membaca artikel-artikel dalam blog sahabat-sahabat lain samada yang kenal atau tidak, ada je artikel yang ibarat apabila kita membacanya ada gunung jatuh terhempap atas kepala..sakit..tapi kembali bemuhasabah, aku kah itu??macam ni ke orang pandang aku??seburuk itukah??
tak mustahil benda-benda macam ni ada kaitan dengan kita..mungkin dengan jalan ini kita sedar dan kembali kepada jalan yang seharusnya diikuti, bukan sekadar terasa dan biarkan...teruskan untuk berubah dan mengubah umat menjadi yang terBaek di sisi ALLAH ta'ala...

semoga Allah redha